بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ-
Sebelum aku mgupas entry mlm2 buta ni... Frst skali, aku myusun sepuluh jari kemaafan sesungguhnya perkongsian ini x melibatkan yg masih hidup @ mereka yang meninggal dunia... Perkongsian ini hanya simbol muhasabah untuk aku dan orang lain... Marilah kita berubah utk menjadi lebih baik setelah tahu kelemahan dan kekurangan diri sendiri... Jangan sibuk mencari kesalahan orang lain, lihatlah jari telunjuk yang menuding ke arah orang lain manakala jari selebihnya ke arah diri sendiri... Percayalah dalam islam ada konsep Kifarah, iaitu balasan kesengsaraan kepada kita jika kita membuat dosa.Kifarah adalah hukuman yang diberikan Allah sebagai balasan dan ia akan menghapuskan dosa jika kita dapat bersabar dengan dugaan tersebut. Oleh itu, setiap musibah yang menimpa diri kita sama ada difitnah,dihina,dikhianati dan sebagainya bersikap SABAR dan Redha krna sesungguhnya Allah itu lebih Maha Mengetahui akan perihal hambanya..
Berdasarkan tajuk entry malam ni, saya bukannya nk kupas mengenai hukum Kifarah tp istilah ' Si Talam-Talam'.... Mungkin sepanjang dlm mjalini khidupan ni kta akan bjumpa pelbagai ragam manusia salah satunya manusia yang bersifat Talam-Talam ni.... Mgkin bila di hadapan kita manusia ni dialah 'Malaikat' sebaliknya dia juga dalang kepada punca permusuhan.... Tahu ka anda? manusia bertalam-talam ni adalah contoh orang MUNAFIK...Antara ciri-ciri orang Munafik, iaitu apabila dia berjanji dia mungkiri.... ... Apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran... Saya tertarik dengan salah satu ciri-ciri orang munafik iaitu apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran sesungguhnya jika sifat munafik wujud dlm diri individu itu segala yang baik tapi akan kelihatan salah dipandangan matanya.. Segala kebaikan ditutupi dengan keaiban...Apa sahaja yang dikatakan oleh golongan ini akan dapat mempengaruhi org lain serta mendapat simpati... Berkemungkinan setiap kata2nya adalah dusta bertujuan mengaibkan pihak lawannya. Golongan munafik ini x akan senang duduk jika melihat kelebihan yang ada pada pihak lawan... Kebahagiaan yang digapai akan cuba diranapkan oleh golongan ini dgn kata2 cacian dan ejekan mskipun secara terang-terangan mahupun bersembunyi..... Namun jangan kita lupa akan balasan utk golongan ini. Firman Allah : Allah akan membalas ejekan-ejekan mereka, adalah sebagai balasan balik yang sama terhadap buruknya perbuatan mereka dan mempersendakan orang-orang mukmin, kerana suatu balasan adalah mengikut jenis perbuatannya. (Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim)...
Bukalah hati dan akalmu utk sentiasa muhasabah diri...Setiap apa yang dilakukan di dunia ni adalah tontonan kembali di akhirat kelak.... What u give, u get back....Bagi yang rasa diri mereka dianiaya jgn khuatir, pcayalah Allah akan mbalas segala kesabaran itu dgn setimpalnya jika bukan sekarang Insya Allah di dunia yang abadi, Akhirat kelak...
~Senyumlah ketika dirimu dihina, Luahkan penderitaanmu kpd Allah S.W.T~
La Tahzan Wahai Hati & Sahabat


