Jika ingin dicintai oleh manusia, pastikan ia adalah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah. Maksud sabda Rasulullah s.a.w : “Kasihanilah apa yang ada di muka bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang berada dilangit”

Sahabat :'(

Sahabat,
Pergi ibumu tinggal pesan,
Pesanan untuk kau dan adikmu,
Jagalah dirimu dan adik,
Jangan pernah lupa akan ibumu...

Sahabat,
Senyummu kini tidak seindah dulu,
Senyummu ada tangisan,
Tangisan yang sukar orang lain pahami.

Sahabat,
Kadang-kadang engkau cuba bertahan,
Tapi airmatamu tetap menitis,
Menangisi apa yang telah berlaku,
Kadang-kadang kau mendiamkan diri,
Cuba memahami apa yang berlaku.

Sahabat,
Bertahanlah,
Deritamu tidak berpanjangan,
Akan ada titipan kasih sayang Ilahi utkmu.

Sahabat,
Pautlah tanganku,
Kongsi tangisanmu bersamaku,
Kongsi derita yang kau rasakan....

Sahabat,
Aku ada bersamamu,
Memahami setiap deritamu,
Memahami setiap tangisanmu,
Kerana aku menyayangimu,
Kerana aku saudaramu,
Saudara dunia dan akhirat....

No comments:

Post a Comment