Bersendirian aku bermain dengan perasaan sendiri... Tiba2, tidak sedar airmata mengalir dengan laju mengenangkan mak dengan ayah... Betapa aku rindu pada ayah dan mak...
Ayah,,,
Masihku ingat bayangan wajahmu yg setia menunggu ku di luar pintu sekolah.... Menunggu penuh sabar meski terpaksa duduk di bawah terik matahari...Kini, tiada lagi hanya bas Kiffah yang menjemputku..
Masih terdengar usikan suaramu di pagi hari mengejutkan pagiku dengan suara muzik alunan klasik A.Ramlie kegemaranmu...Kini, tiada lagi hanya bunyi jam loceng pemberianmu.
Masih terasa sentuhan jemarimu semasa kali terakhir mengiringiku pergi ke bumi perantauan, betapa sukar untuk aku lepaskan sentuhan halusmu... Tidak ingin aku pergi jauh darimu Ayah....
Mak,,,
Satu kucupan dipipi sarapan pagi untukku sebelum melangkah pergi ke sekolah, sudah mengenyangkan bagiku.... Tapi kini tiada lagi, aku hanya mampu merenung wajah mak dari jauh....
Bila pulang dari sekolah, makanan dah siap terhidang meskipun kadang2 tidak terusik oleh diriku.... Tapi kini tiada lagi, segalanya aku perlu lakukan sendiri terkadang aku sendiri lupa untuk mengisi perut... Terkadang terasa perit tekak menelan kerana rindukan masakan mak.
Saat demam, asma, alergik menguasai diri tiada insan lain yang sudi menemani malamku selain mak.... Membasuh kepalaku dengan air asam, menemaniku di hospital berjam-jam dan meringankan segala kesakitanku... Tapi kini, aku terpaksa menahan sakit bersendirian menjadikan tidur tempatku lupa akan sakit yang dirasakan....
#rindu pada mak ayah,,, bisik pada hati dan akal agar terus kuat berjuang mengejar ilmu kerana mak ayah setia menantimu dengan penuh harapan... :')



No comments:
Post a Comment