Jika ingin dicintai oleh manusia, pastikan ia adalah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah. Maksud sabda Rasulullah s.a.w : “Kasihanilah apa yang ada di muka bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang berada dilangit”

Berjaga Kelaparan :)


26/10/2014
Awal pagi mak kol, soalan pertama mak dan lazim sgt ak dengar. "Dah makan x...?" Aku gelak kuat "dahlah mak".... *Sambil kesat airmata... Lagi aku sebak bila mak cakap "Jgn tipu, dah makan blum..." , Makin kuat aku gelak " Ya Allah, dahlah mak org makan nasi tambah lgi"  berduyun-duyun airmataku... Nasihat mak yg buat aku makin teriak menangis "Tak ada duit cakap jgn senyap, org rumah ni jgn ko risau kn semua ckup makan ko tu yg jauh mkn kena banyak peduli org ckp ko gemuk yg penting belajar betul2". Part yg mak aku cakap aku xmakan sebab takut gemuk aku gelak lagi kuat.... Kalau mak tahu malam semalam anaknya berjaga kerana kelaparan mungkin sahaja mak lagi teruk menangis dari aku.... Kalau mak tahu semalam aku berjaga dengan airmata mungkin sahaja mak membebel panjang lebar pagi ni. Maaf mak, terpaksa tipu semua ni xmau susahkan mak ayah.... 

Aku belajar menipu semua ni dari mak. Mak seorang penipu yang selalu pendam masalah sendiri xkisa sama ada pasal duit, sakit peningnya, masalah anak-anak. Aku jadi kuat sebab Mak, jarang aku tengok Mak mengeluh atau menangis walau masalah sebesar manapun... Yg selalu Mak buat penuhkan takungan perut anak-anaknya dan manjakan anak-anaknya.

Sejarah semalam mengeringkan takung airmata, 
Sejarah semalam memeritkan sang perut,
Sejarah semalam terganggu lena tidur,
Sejarah semalam mematikan segala rasa,
Maaf bagi mereka yang terkena tempias,
Tgh lapar mood terganggu perlunya bersendiri... :)








No comments:

Post a Comment