Sungguh diri xmampu bayangkan adakah tangisannya umpama halimunan? Dia sentiasa tersenyum bahkan cukup membahagiakan orang lain. Bagaimana hatinya boleh secekal demikian sedangkan dia telah disakiti??? Ya Allah, moga semuanya berhikmah aturanmu begitu indah buat dirinya. Titipkan padanya, sahabatku insan yang setimpal dengan dirinya. Menghargainya walau seinci usaha yang dia lakukan. Aku kenal sahabatku, insan mulia yang layak bahagia lebih dari diriku. Lempiaskan kedurjanaan pada insan yang menyakitimu.
Tidak faham dengan sikap manusia *lelaki, selalu mengharapkan setianya seorang wanita walhal diri sendiri pendua sejati. Diam-diam kau duakan wanita tu bila sampai tahap bijaksana dirimu kau tigakan pula wanita tu. Jahanam lagak seperti arjuna kecundang yang hanya bijak mengatur strategi cintan-cintun najis dusta mu. Tapi kau masih beruntung, dia *wanita masih setia walau beberapa banyak kau bahagi2 kn hatinya. Semuanya bukan kerana sayang tu tapi dia masih simpan kau sebagai kenangan tersisa bila waktu mengizinkan hatinya bertukar arah. Hanya dua kata padamu arjuna, "PADAN MUKA!!!"
Term *wanita lebih sesuai untuk perempuan kalis peluru seperti dirimu. Kau telah mengangkat darjatmu lebih tinggi dari pendusta.
Nukilan,
Awan Merah J



No comments:
Post a Comment