Sunyi,
Tiada sebarang bunyi,
Seakan-akan dunia mati,
Tanpa penghuni...
Tercari-cari,
Dalam dunia gelap,
Seakan dirimu sendirian,
Tiada mereka,
Yang kau harapkan,
Semuanya sudah hilang.
Pejam mata,
Mencari solusi,
Cuba mencari,
Sayangnya, kau gagal.
Penat,
Mencari kehilangan,
Kau lelah mencari dalam gelap,
Gelap yang seakan-akan,
Sebuah kematian.
Pejam mata,
Mencari solusi,
Cuba mencari,
Sayangnya, kau gagal.
Penat,
Mencari kehilangan,
Kau lelah mencari dalam gelap,
Gelap yang seakan-akan,
Sebuah kematian.
Tiba masanya,
Untuk dirimu,
Berganjak pergi,
Untuk dirimu,
Berganjak pergi,
Cuba menghilangkan diri,
Hilang ditelan kegelapan,
Kerana kau sedar,
Tiada guna setia disitu,
Suatu masa kau akan hilang,
Seperti mereka....




No comments:
Post a Comment