Jika ingin dicintai oleh manusia, pastikan ia adalah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah. Maksud sabda Rasulullah s.a.w : “Kasihanilah apa yang ada di muka bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang berada dilangit”

Tidur :)




Pejam mata,
Kau ingat aku tidur,
Aku masih dalam dunia realiti,
Cuma aku tiupkan sedikit angan-angan,
Untuk aku indahkan realiti.

Kau ingat tidurku lena,
Tiap malam aku bertemankan airmata,
Bila sudah penat menangis,
Aku terlelap tidur.

Kau tanya kenapa tidurku panjang,
Sebab aku rindu,
Aku biarkan masa berlalu cepat,
Biarkan rindu hilang bersama masa yang ada.

Bangkit dari tidur,
Aku ingin tidur semula,
Bukan kerana aku penat,
Tapi mimpi itu,
Mimpikan dirimu,
Buat aku terlena,
Untuk sekian lama.

Aku marah,
Bila tidurku terganggu,
Sebab aku takut,
Kehilangan bayanganmu.

Bila siang,
Baru aku sedar,
Kau tiada,
Cuma khayalanku,
Yang hanya hadir,
Waktu tidurku.









No comments:

Post a Comment