Jika ingin dicintai oleh manusia, pastikan ia adalah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah. Maksud sabda Rasulullah s.a.w : “Kasihanilah apa yang ada di muka bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang berada dilangit”

Perempuan :)



Dia,
Panggil aku perempuan lemah,
Sungguh aku lemah,
Bukan pada fizikal tapi hati aku,
Paling kuat menangis,
Paling banyak menafsir,
Paling banyak menaruh harapan,
Paling banyak merasa terluka dan lara,
Banyak waktu goyah dan tumbang tiba-tiba...

Tapi kau kena ingat,
Aku makhluk paling degil,
Degil untuk kalah,
Degil untuk berkongsi,
Degil untuk setia bertahan walau terluka bernanah sekalipun
Kau usir pergi sikit pun aku xberganjak pergi.

Dan kau kena selalu ingat,
Perempuan ini terlalu sukar difahami,
Menangis xsemestinya aku disakiti,
Kadang-kadang bahagiaku rasa,
Automatik mataku menangis.

Jika azali kau sukar memahami aku,
Bukan kerana kata-kataku,
Tapi hatiku,
Kau enggan memahaminya....






No comments:

Post a Comment